Make your own free website on Tripod.com

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA
KAMPUS WILAYAH UTARA
SUNGAI PETANI
KEDAH

TEL : 604-4218321   FAKS : 604-4214489

PENGENALAN

Pusat Sumber Maklumat (PSM) mula beroperasi pada tahun 1983 serentak dengan penubuhan INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) ini. Sehingga kini (2002) jumlah koleksi kumulatif yang terdapat di PSM ialah sebanyak 10,988 judul.

Sistem pendokumentasian yang digunakan di PSM ialah DDC (Dewey Decimal Classification) edisi 20 untuk nombor pengelasan, manakala untuk tajuk perkara pula semua koleksi bahan di PSM menggunakan sistem LC (Library of Congress) edisi 15.

Untuk mengakses dan mengenalpasti lokasi dan perincian bahan, para pengguna boleh menggunakan sistem ILMU yang merupakan sistem katalog atas talian yang terbaik setakat ini. Pengguna boleh mengakses samada melalui OPAC35 ataupun WebOPAC jika mengakses maklumat yang terdapat di PSM melalui komputer persendirian. Sistem katalog ini boleh diakses melalui alamat http://intura_libsvr.intan.my/webopac/webopac.jsp

PSM komited untuk sentiasa menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti meliputi sumber maklumat terkini bagi menjana keberkesanan latihan yang dijalankan di INTURA. Ini adalah untuk menyokong usaha-usaha untuk menjadikan INTURA pusat kecemerlangan latihan dan pembangunan selaras dengan motto INTAN Selangkah Di Hadapan.

FALSAFAH
Membina insan berbudaya maju yang cintakan ilmu pengetahuan melalui pembacaan sepanjang hayat demi memupuk kecemerlangan minda supaya terhasil pencapaian baru yang dapat memajukan lagi tradisi ilmu.

 

MISI ORGANISASI
Memastikan semua pengguna dapat menikmati kemudahan perkhidmatan secara saksama serta berupaya mencapai dan menggunakan ilmu wawasan intelek.

 

OBJEKTIF
Menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran dan latihan yang dijalankan di INTURA

Memajukan penggunaan bahan-bahan PSM

Berusaha memenuhi keperluan maklumat pegawai, peserta kursus dan organisasi di samping menyertai proses penyebaran maklumat

Berusaha mewujudkan masyarakat INTURA yang mengamalkan budaya membaca

Mengumpul semua bahan yang berkaitan dengan pentadbiran dan kemajuan

 
PENGGUNA PSM INTURA
Pegawai dan kakitangan INTAN

Peserta kursus (dalam jangkamasa kursus)

Jabatan dan Agensi Kerajaan di Wilayah Utara

Penyelidik yang ingin membuat rujukan

 
WAKTU BEROPERASI
Isnin-Rabu : 8.00am-4.15pm
Khamis : 8.00am- 12.45pm
Jumaat dan Cuti Umum : Tutup
Waktu Malam : Diatas keperluan dan permintaan kursus

Sebarang pertanyaan hubungi: En. Huzairul Hezri bin Saidin @ Pn. Masuri bt. Khalim
Tel: 604-4218321 samb.211
Fax: 604-4214489