Make your own free website on Tripod.com

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA
KAMPUS WILAYAH UTARA
SUNGAI PETANI
KEDAH

TEL : 604-4218321   FAKS : 604-4214489

KOLEKSI PSM

Meliputi bidang perkara utama Pengurusan, Pentadbiran Awam, Kewangan dan Perakaunan, Ekonomi dan Kerajaan Tempatan. Bidang perkara sampingan adalah seperti Politik, Agama Islam, Undang-undang, Motivasi, Bahasa dan bacaan umum.
 
Koleksi Buku Rujukan
Meliputi bahan bercetak yang merangkumi Buku Panduan, Ensiklopedia, Kamus, Bibliografi, Atlas dan Laporan Tahunan.
 
Koleksi Buku Umum/ Fiksyen
Koleksi buku di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris disediakan untuk bacaan dan pinjaman. Buku ini juga diberi nombor pengelasan DDC untuk kemudahan mengakses dilakukan.
 
Koleksi Terbitan Bersiri
Meliputi bahan seperti majalah, jurnal, laporan tahunan, buletin dan berita daripada agensi kerajaan dan swasta serta lain-lain bahan bercetak yang dikeluarkan secara berkala meliputi terbitan dalam dan luar negeri, keluaran terkini dan terdahulu.
 
Koleksi Warta Kerajaan dan Akta
PSM melanggan Akta, Warta Kerajaan Persekutuan dan negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. Semua bahan disusun mengikut nombor siri dan hanya untuk rujukan di PSM sahaja.
 
Koleksi Pekeliling
Pekeliling yang terdapat di PSM untuk rujukan termasuklah Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan PKPA (Pekeliling Perkhidmatan Awam).
 
Koleksi Kertas Kerja/ Seminar/ Bengkel
Koleksi ini mengandungi kertas-kertas projek yang dihasilkan oleh peserta kursus dan kertas seminar/ bengkel anjuran INTAN dan lain-lain institusi.
 
Koleksi Fotografi
PSM memiliki 50 buah photo album. Bidang perkara meliputi Landskap INTURA, Aktiviti Kembara dan Ucapan Rasmi sejak penubuhan INTURA sehingga kini.
 
Koleksi Khas : Sudut Warisan
Merupakan satu usaha untuk menyimpan khazanah Melayu lama yang meliputi peralatan tradisional pertanian dan nelayan negeri Kedah.