Make your own free website on Tripod.com

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA
KAMPUS WILAYAH UTARA
SUNGAI PETANI
KEDAH

TEL : 604-4218321   FAKS : 604-4214489

eBuku

 

informIT

Laman ini mengandungi bahagian-bahagian seperti articles yang berkaitan dengan buku-buku yang terdapat dipasaran, bookstores yang menawarkan pelbagai jenis buku dengan diskaun yang menarik dan ruangan online books dimana pengguna boleh melihat jenis-jenis buku yang ditawarkan dan boleh juga membelinya secara online dimana kandungannya boleh dicetak

 

bookrags

Laman ini menarik kerana pengunjung boleh mendapatkan e-buku secara percuma! E-buku disenaraikan mengikut abjad dan terdapat sebanyak 1500 koleksi buku dilaman ini

 

e-Book Directory

Pengelola laman ini menyatakan bahawa laman ini merupakan direktori terbesar bagi e-buku. Direktorinya terbahagi kepada beberapa pengkhususan penting seperti perniagaan, kanak-kanak, komputer dan internet, rekreasi dan rujukan
 

e-Book Publishing Tips

Laman ini memberikan maklumat tentang cara-cara penerbitan e-buku seperti membuat kompilasi e-buku, merekabentuk muka depan e-buku, hakcipta tentang e-buku dan juga panduan-panduan lain yang berkaitan dengan proses penghasilan e-buku
 

Adobe Acrobat eBook Reader 2.2

E-buku yang telah disimpan dengan menggunakan Acrobat reader hanya boleh dibaca dengan menggunakan Acrobat Reader. Konsep acrobat Reader untuk e-buku adalah sama dengan Acrobat Reader biasa cuma bezanya ia menyokong paparan grafik berwarna berkualiti tinggi dan tipografi yang sofistikated
 

eBooks

Bagi mereka yang ingin mengetahui e-buku yang diiktiraf sebagai bestsellers, segeralah lawati laman ini
 

News hour Media eBook

laman ini memaparkan artikel-artikel dan wawancara menarik berkaitan e-buku. Antaranya membicarakan tentang bagaimana e-buku boleh menguasai industri penerbitan serta impak e-book terhadap pasaran buku biasa
 

eBook Gold

Cara-cara untuk menambahkan pendapatan dengan menggunakan perisian khas bagi setiap e-buku yang dipasarkan di internet diterangkan dilaman ini. Pendapatan dijana menerusi kekerapan pengunjung membuka laman-laman e-buku yang telah dipasang dengan perisian ini
 

eBook Award

Bagi mereka yang ingin mengetahui pemenang-pemenang dan anugerah penulis bebas e-buku, layarilah ke laman ini. Turut dipaparkan ialah kriteria-kriteria yang diambilkira sebelum memilih pemenang
 
Sumber : Majalah PC, Februari 2003 (ISSN 1675-0527)